Want your
own Fotopage?



























 
Khairina FotoPage

By: Faiz Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Nov-2009 11:02 Email | Share | | Bookmark






@Halifax Bank


ni pump yang betul2 punya ni










Care to comment?


Wednesday, 4-Nov-2009 15:07 Email | Share | | Bookmark
Camping@Ullswater, Lake District

Entry yang nipun dah lama dah, seminggu sebelum puasa hari tu, cuma mama yang malas nak upload. Ni masa camping penutup untuk tahun ni dan camping terakhir kami di bumi UK. Kali ni kami bercamping di Ullswater, Lake District. Ullswater ialah tasik kedua terbesar di Lake District dan campsite ni betul-betul di tepi Ullswater, cantik...Ahli-ahli camping pula masih sama+keluarga Fardi/Zurina.

Acara wajib camping iaitu bbq ayam, kambing dan ikan bakar






















Care to comment?


Sunday, 1-Nov-2009 18:21 Email | Share | | Bookmark

Our last autumn in UK, Insya Allah...
Lokasi shooting: Campus Uni of Liverpool















Cantiknya . . . . tak terkata


http://rnzphoto.fotopages.com


Mon 2-Nov-2009 05:41
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
Add comment


Monday, 26-Oct-2009 21:54 Email | Share | | Bookmark
Juadah Ramadhan 1430H

Masih lagi cerita tentang Ramadhan. Ni la antara juadah yang sempat mama masak untuk baba dan anak-anak. Tahun ni kali ke 3 Farah & Danial berpuasa. Alhamdulillah...anak-anak cukup 29 hari berpuasa seperti tahun-tahun lepas. Tapi godaan di sekolah tetap ada






Salam. . . mesti anak2 & hubby tak bosan nak makan hari2 sebab mama dia rajin masak macam2.

* 1st time tengok kacang botol buat kerabu . . . idea baru utk mencuba.


http://rnzphoto.fotopages.com
Tue 27-Oct-2009 09:51
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
Salam
sedap sehingga menjilat jari si kecik tu....
Senang dapat bahan masak di sana yee..... macam kat sini jaaaa.....
Tue 27-Oct-2009 12:06
Posted by:Mrs Att  - [Link]
Add comment


Monday, 26-Oct-2009 18:38 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan 1430H

Ni cerita pasal berbuka puasa Ramadhan baru2 ni. kiranya flashback la ni sebab banyak sangat cerita yg tak sempat diupload kat sini.

Makan di Nawaab ni kena bayar £11 dewasa dan £6 kanak-kanak. Makanlah sepuas-puasnya tapi masalahnya lauk pauknya Indian style la, banyak guna rempah ratus tu. Tapi bolehlah sekali sekala nak ubah selera.






Kami juga berbuka di Thai Banana Restaurant di Manchester juga. Maklumlah Liverpool-Manchester bukannya jauhpun, 45 mins berkereta




Yang ni pulak jemputan berbuka kawan2 di sini. Tapi ada jemputan yang tak dirakamkan sebab mama tak bawak kamera. Terima kasihlah kepada yang sudi menjemput, moga kalian semua dimurahkan rezeki oleh Allah, amin..

Care to comment?


Thursday, 15-Oct-2009 08:49 Email | Share | | Bookmark

Jom kita try join VemmaBuilder. Boleh register free kat sini:


http://www.my-successbiz2u.com/rahman/

Care to comment?


Monday, 12-Oct-2009 21:13 Email | Share | | Bookmark
Majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri Malay Speaking Circle (MSC)

Majlis Sambutan Hari raya Aidilfitri MSC Liverpool
Al Ghazali Multicultural Centre, Liverpool
10 Oktober 2009
7.30 - 10.30 mlm

Majlis ni bukan saja utk sambutan raya, tapi juga majlis pengumuman dan pelantikan Penghulu serta Timbalan Penghulu MSC sesi baru. Tahniah buat Sdra Azman dan Sdra Abdullah Sani yang baru dilantik sebagai peneraju MSC yang baru.






posing dulu sebelum makan, seperti biasa la...


majlispun bermula

makan time



ada juga gerai jualan: maruku, kerepek pisang dan aiskrim msia oleh kak Maz serta pelbagai tudung (zahrah, ariani dll) oleh HadiAisyah.









lepas makan, sesi memperkenalkan diri pelajar baru, UG & PG pula...













salam kak..
ramai gak ek melayu kat sana...
p/s..akak..rumah akak ngan stadium anfield jauh tak?
Wed 14-Oct-2009 10:01
Posted by:cahaya
akak..mmg berangan nak g stadium tu tapi lama lagi...adik nazri nak dtg sini ujung jan. so awal bulan 2 kami lan nak g stadium tu...standby ek...kami nak datang tumpang makan tengahari kat rumah akak...dari skarang akak dah bole praktis menu yang sedap2....hehehe/......tp akak masak apa pon mesti sedap punyer.... Thu 15-Oct-2009 17:17
Posted by:kak cahaya
Add comment


Wednesday, 7-Oct-2009 15:11 Email | Share | | Bookmark
Open House Raya















Yang ni open house adik-adik bujang yang pandai memasak , sedap juadah mereka.




Yang ni pulak semasa beraya di rumah Niza Fauzi. Niza masak soto yang mmm...sedap!

Care to comment?


Tuesday, 29-Sep-2009 10:37 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Aidilfitri 2009

Juadah Aidilfitri mama tahun ni ialah nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan sambal sotong kering. Semua mama masak sendiri dengan dibantu oleh baba, tq baba! Raya kami seperti tahun-tahun lepas juga, tiada suasana rayapun. Nak dapat feeling raya, baba pasanglah lagu-lagu raya yang ada kat youtube tu. Malam raya mama sibuk memasak, anak-anak sibuk dengan hal dorang la, seperti biasa, tv dan komputer. Perasan sedih tak boleh dilayan, so mama sibuk-sibukkan la diri ni.

Open house raya kami bermula jam 4pm sampai 8pm. Bukannya apa, mulakan lambat sikit supaya paginya mama sempatlah memasak sikit lagi sambil-sambil kemas rumah, hehe...Terima kasih mama sekeluarga ucapkan buat sahabat handai yang datang memeriahkan rumah terbuka kami.
















Harap-harapnya ini raya kami yang terakhir di perantauan. Insya Allah tahun depan boleh beraya bersama family di kampung, amin...

meriahnya open hse kat liverpool ye... akak masak sorang ke ada pembantu tu.. penuh ha... Fri 2-Oct-2009 11:40
Posted by:WATIE
owwhh camni la raya kt sana yer akak....sib baik
ader lagu2 raya meriahkan suasana......pas tu
sahabat handai je la dpt hiburkan hati masing2 kan...
nk wt camana jauh di perantauan kan...lama ke dpt cuti tu kak..
then u oll akan b'kunjung rumah lain pulak la yer....emm akk da nk balik mesia
ke....bape tahun da akk raya kt sana?
Sat 3-Oct-2009 15:51
Posted by:as~mama ain  - [Link]
dalam pada sesak2 tu sempat gak amik gambo lagik...hehe..kami taun ni buat kat dewan je kak...rumah dah tak de laluan lagi dah.... Tue 6-Oct-2009 08:36
Posted by:kak cahaya
Add comment


Thursday, 17-Sep-2009 08:07 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri buat kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta pengunjung fp ini. Semoga bergembira di hari raya nanti...

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.